Permohonan Cadangan (RFP) bagi Perolehan Kerja-kerja Pemulihan Sistem Menara Penyejuk Sedia Ada di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) menjemput pembekal yang berkelayakan dan berpengalaman serta memenuhi keperluan yang disenaraikan di bawah untuk menyertai tender yang dinyatakan di atas.

 

1. Keperluan Mandatori

Hanya pembekal yang memenuhi semua keperluan mandatori berikut akan dipertimbangkan untuk tender ini.

No.

Keperluan Mandatori

Dokumen yang Diperlukan

(dalam format PDF)

1.

Mempunyai pendaftaran CIDB yang sah dengan gred minimum G3 di bawah kategori M01 (Sistem Penyaman Udara).

Salinan Sijil Pendaftaran CIDB yang sah yang menunjukkan Gred (G3) dan Kategori M01 (Sistem Penyaman Udara) yang diluluskan.

2.

Dikehendaki mempunyai pengalaman dalam menguruskan projek yang serupa (kerja-kerja pemulihan sistem menara penyejuk) dalam tempoh 5 tahun yang lalu (2021 dan seterusnya).

Salinan surat tawaran dan PO berserta skop kerja terperinci (iaitu Ringkasan Senarai Kuantiti) bagi projek yang telah siap dan sedang dijalankan.

3.

Pembekal hendaklah mematuhi spesifikasi teknikal bagi komponen Menara Penyejuk seperti berikut:

No.

Perihalan

Spesifikasi

1.

Motor Kipas Menara Penyejuk

  • Kapasiti minimum: 7.5 kW

  • Kuasa: 415 V / 3Ø / 50 Hz

  • Kecekapan: IE2 / IE3

2.

Pemacu Kelajuan Boleh Ubah (VSD)

  • Kapasiti minimum: 10 HP (~7.5 kW)

  • Kuasa: 380–480 V / 3Ø / 50–60 Hz

Jadual pematuhan kepada spesifikasi teknikal.

4.

Mempunyai nilai bersih positif dalam sekurang-kurangnya 3 daripada 5 tahun kewangan (2021 dan seterusnya).

Salinan penyata kewangan beraudit bagi tahun 2021, 2022, 2023, 2024 dan 2025.

(Akaun Pengurusan dengan pengesahan boleh dipertimbangkan hanya untuk tahun 2025)

5.

Aku Janji Kerahsiaan

Pembekal bersetuju untuk mengekalkan kerahsiaan ketat terhadap semua maklumat yang diberikan oleh BNM dan mengemukakan Surat Aku Janji Kerahsiaan yang hendaklah ditandatangani oleh wakil syarikat yang diberi kuasa.

Surat Aku Janji Kerahsiaan yang ditandatangani (Lampiran A).

6.

Integriti Syarikat

i. Syarikat dan/atau pengurusan kanan/pengarah/pemegang sahamnya tidak pernah tertakluk kepada sebarang siasatan jenayah atau sivil dalam tempoh lima tahun yang lalu.

ii. Pengisytiharan hendaklah diberikan bagi sebarang litigasi atau pertikaian (kes terdahulu dan sedang berjalan) yang telah dimulakan terhadap syarikat dan/atau pengurusan, pengarah atau pemegang sahamnya (jika berkenaan).

Nota: Pembatalan kelayakan secara automatik (tanpa mengira bila kesalahan berlaku) sekiranya pembekal atau pemegang saham/pengarah/pengurusan kanannya:

a. disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah berkaitan ketidakjujuran, penipuan, pencegahan jenayah, pengedaran dadah atau imigresen di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau undang-undang mana-mana negara; atau

b. disenaraikan dalam senarai pencegahan pengubahan wang haram (AML)/senarai sekatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR).

Akuan Berkanun yang ditandatangani (Lampiran B) bagi semua litigasi dan pertikaian (kes terdahulu dan sedang berjalan) yang dimulakan terhadap syarikat dan/atau pengurusan/pengarah/pemegang sahamnya (jika ada).

 

2. Skop Kerja

Skop kerja bagi Perolehan Kerja-kerja Pemulihan Sistem Menara Penyejuk Sedia Ada di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, hendaklah merangkumi perkhidmatan berikut:

  1. Memulihkan tiga (3) unit Menara Penyejuk sedia ada dengan menggantikan komponen seperti pengisi, bilah kipas lengkap dengan hab, galas kipas, pemegang kipas lengkap dengan kit pelinciran, takal kipas dan motor, tali sawat-V dan penutup rasuk, motor kipas dan pemacu kelajuan boleh ubah (VSD), louvers salur masuk PVC, sump HDG dan injap, plat basin pengagihan HDG, plat dan pemegang injap kawalan, paip PVC dalaman, panel dinding luar FRP lengkap dengan pintu keluar, dan spring isolator.

  2. Memeriksa semua sambungan antara sel Menara Penyejuk, mengenal pasti kecacatan dan menjalankan kerja-kerja pengedapan.

  3. Memulihkan struktur Menara Penyejuk, termasuk penyediaan permukaan dan penggunaan cat perlindungan antikarat.

  4. Mengeluarkan dan melupuskan semua komponen Menara Penyejuk yang telah ditanggalkan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

  5. Menguji dan mentauliahkan Menara Penyejuk yang telah dipulihkan mengikut piawaian pemasangan dan garis panduan operasi yang berkaitan.

  6. Menyediakan waranti selama dua belas (12) bulan bagi alat ganti dan mutu kerja yang meliputi keseluruhan kerja-kerja pemulihan.

 

3. Pencapaian Utama Proses Tender

Ringkasan jadual proses tender adalah seperti berikut:

Aktiviti

Tarikh mula

Tarikh tamat

Proses pendaftaran pembekal ke dalam Digital Operations Platform (DOP)

17 September 2026

3 Oktober 2026

Pengeluaran dokumen RFP

5 Oktober 2026

-

Taklimat tender dan lawatan tapak

Akan disahkan

-

Tarikh/masa tutup tender

-

5:00 petang, 23 Oktober 2026

 

4. Pengeluaran Dokumen Tender

Hanya pembekal yang berdaftar di Portal Pembekal BNM dan memenuhi keperluan mandatori di atas akan dipertimbangkan untuk tender ini. Untuk sebarang penjelasan lanjut berkaitan pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi +603 2784 5397/5613/5346 (Pengurusan Pembekal).

Selepas pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected] untuk menyatakan hasrat anda untuk menyertai tender tersebut (Subjek: Permohonan Cadangan (RFP) bagi Perolehan Kerja-kerja Pemulihan Sistem Menara Penyejuk Sedia Ada di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia). E-mel tersebut juga hendaklah menyertakan Lampiran A dan B yang telah ditandatangani dengan sewajarnya.

Dokumen tender boleh diakses melalui Portal Pembekal BNM bermula dari tarikh pengeluaran dokumen RFP. Pembekal baharu dikehendaki memuat turun Panduan Pendaftaran Pembekal untuk melengkapkan proses pendaftaran. Pembekal sedia ada boleh terus log masuk.

BNM tidak bertanggungjawab terhadap dokumen tender yang tidak diterima oleh pembekal. Hanya pembekal yang telah berdaftar di Portal Pembekal BNM dan memenuhi keperluan mandatori akan layak untuk menyertai proses tender.

 

5. Penghantaran Dokumen Tender yang Lengkap

Semua penghantaran hendaklah dibuat secara dalam talian. Pembekal dikehendaki mengemukakan cadangan yang telah dilengkapkan dengan sewajarnya melalui Portal Pembekal BNM dengan log masuk selewat-lewatnya pada 5:00 petang, 23 Oktober 2026. BNM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam penghantaran tender dan tiada penghantaran akan diterima di luar portal.

Untuk pertanyaan umum berkaitan pra-tender, sila e-mel kepada [email protected]. Walau bagaimanapun, sebarang pertanyaan khusus berkaitan tender ini hendaklah dikemukakan melalui Portal Pembekal BNM (Messaging) pada ID tender/rundingan masing-masing.

 

Penafian

  • BNM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam penghantaran mana-mana cadangan tender atau kehilangan dokumen berkaitan sekiranya dokumen tersebut dihantar melalui kaedah lain selain daripada yang ditetapkan oleh BNM.

  • Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran cadangan oleh pembekal. BNM juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos yang ditanggung oleh pembekal berkaitan penyertaan mereka dalam proses tender ini.

  • BNM berhak untuk hanya mempertimbangkan sebut harga/cadangan/dokumen yang telah dilengkapkan sepenuhnya dan dikemukakan pada atau sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan di atas. Maklum balas lewat tidak akan dipertimbangkan. BNM tidak terikat untuk menerima bidaan terendah atau mana-mana tender dan berhak untuk menolak semua tender.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?