Lebih 1 juta orang melawat laman sesawang Bank Negara Malaysia
Lebih 1 juta orang melawati laman sesawang kami semenjak 1 Januari tahun ini. Sehingga 15 Julai 2010, sistem pemantauan kami menunjukkan seramai 1,002,795 pelawat unik mutlak (absolute unique visitors) telah melayari laman sesawang kami.
Berbanding tempoh yang sama tahun lepas, terdapat peningkatan jumlah pelawat sebanyak 18%. Manakala jumlah lawatan (visits) juga bertambah sebanyak 14%.
Pasukan Pengendali (Administrator Team) ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengguna yang setia atas sokongan anda kepada kami. Kami berharap laman sesawang ini telah dapat memenuhi kehendak dan harapan anda semua.
Hubungi kami sekiranya terdapat kekurangan supaya kami dapat meningkatkan prestasi, demi memenuhi keperluan anda.
Sekali lagi, terima kasih kami ucapkan!
Prestasi semasa (1 Januari 2010 - 15 Julai 2010)
![]() |
Prestasi terdahulu (1 Januari 2009 - 15 Julai 2009)
![]() |
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.

