Pendaftaran eCCRIS Kini Dalam Bentuk Digital. Daftar Pada Bila-bila Masa dan Di Mana-mana Sahaja

18 Feb 2022 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa mulai 18 Februari 2022, pengguna individu baharu warganegara Malaysia kini boleh terus mendaftar eCCRIS melalui eccris.bnm.gov.my. Mereka tidak perlu hadir di pejabat BNM atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Untuk mendaftar eCCRIS, individu hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam lampiran. Langkah ini termasuk pindahan RM1 secara dalam talian melalui perbankan Internet oleh pengguna baharu ke akaun BNM yang ditetapkan. RM1 tersebut akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh dua hari bekerja selepas pendaftaran. Langkah ini membolehkan identiti individu disahkan secara digital tanpa memerlukan pengesahan secara fizikal.

Timbalan Gabenor Marzunisham Omar berkata, “Dengan penambahbaikan ini, individu pengguna boleh mendaftar eCCRIS dan mendapatkan laporan CCRIS dengan lebih mudah dan selamat. Semuanya boleh dilakukan dengan selesa dari rumah.”

Bagi syarikat dan individu bukan warganegara Malaysia, pendaftaran pengguna baharu boleh terus dilakukan menerusi eLINK melalui telelink.bnm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut tentang CCRIS dan eCCRIS, sila layari bnm.gov.my/ccris. Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK melalui 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), atau menerusi “Live Chat” BNM yang baru diperkenalkan melalui bnm.gov.my/livechat.

Lihat juga:


Bank Negara Malaysia
18 Februari 2022

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?