Ulang Tahun ke-50 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

BNM ingin mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-50 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Duit syiling peringatan ini dikeluarkan dalam dua denominasi:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf)

Duit syiling peringatan untuk RISDA diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5% dan mempunyai berat 31 gram. Setiap duit syiling mempunyai nilai muka RM10 dan akan dijual pada harga RM330 sekeping.

Kuantiti tempaan adalah 1,000 keping bagi setiap reka bentuk.

2. NordiDuit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling ini diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain seberat 8.5 gram. Duit syiling tersebut mempunyai nilai muka RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping.

Kuantiti tempaan adalah 5,000 keping bagi setiap reka bentuk.

Duit syiling-duit syiling peringatan ini akan turut dijual dalam Set 2 dalam 1 yang terdiri daripada sekeping duit syiling perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic. Set 2 dalam 1 untuk RISDA akan dijual pada harga RM385 setiap satu set. Sebanyak 1,000 set tersedia untuk pembelian bagi setiap reka bentuk.

Makluman teknikal mengenai duit syiling-duit syiling peringatan ini diperincikan dalam Lampiran.


Reka Bentuk Duit Syiling

risda24_bm.PNG

Bahagian Hadapan– Konsep reka bentuk duit syiling ini diilhamkan daripada misi penting RISDA, yang ditubuhkan untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti pekebun kecil getah di Malaysia. Seorang penoreh getah dipaparkan dengan jelas di bahagian hadapan duit syiling. Bahagian kiri atas duit syiling menggambarkan imej produk-produk lain oleh komuniti pekebun kecil, yang dibawa ke pasaran dengan sokongan RISDA melalui RisSMart. Siluet seorang kanak-kanak dan seorang graduan di sebelah kanan duit syiling menandakan usaha RISDA dalam pembangunan modal insan.

Bahagian Belakang – Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian kanan duit syiling, dengan nilai muka “10 RINGGIT” untuk perak sterling atau “1 RINGGIT” untuk emas Nordic. Logo ulang tahun RISDA yang ke-50 dipaparkan di bahagian atas duit syiling dengan berlatarbelakangkan imej batang pokok getah yang digayakan.


Semua reka bentuk duit syiling peringatan tersedia untuk dijual pada hari ini.

Ketiga-tiga reka bentuk duit syiling peringatan berbeza ini akan dijual secara berasingan. Bagi memberikan peluang yang adil kepada orang awam untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, akan ada had pembelian bagi setiap reka bentuk iaitu satu set 2 dalam 1, satu duit syiling pruf perak sterling berwarna dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.) bagi setiap orang.

Orang awam boleh membuat tempahan menerusi pautan duit.bnm.gov.my mulai hari ini hingga 5:00 pagi Isnin, 9 Disember 2024.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan melalui sistem dalam talian BNM dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan akan dipertimbangkan dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya jumlah tempahan yang diterima melebihi jumlah yang tersebut, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya.


Lampiran

Spesifikasi Teknikal

Kategori

Logam

Aloi

Nilai Muka (RM)

Diameter (mm)

Berat (g)

Kuantiti Tempaan (keping/set)

Harga (RM)

Sekeping

Perak Sterling Berwarna (pruf)

Ag92.5

10

40.7

31

1,000

330

Emas Nordic (B.U.)

Cu89 Zn5 Al5 Sn1

1

30

8.5

5,000

16.50

Set 2 dalam 1

Perak Sterling Berwarna (pruf);

dan

Emas Nordic (pruf)

Ag92.5
dan
Cu89 Zn5 Al5 Sn1

10
dan
1

40.7

30

31

8.5

1,000 

385

Nota: Harga yang dinyatakan di atas termasuk 10% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Bank Negara Malaysia
3 Disember 2024


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?