Operasi Monetari
Keperluan Rizab Berkanun (SRR)
SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan dan seterusnya, pembentukan kredit dalam sistem perbankan. SRR digunakan untuk mengurangkan atau menambah mudah tunai apabila BNM melihat lebihan atau kekurangan mudah tunai dalam sistem perbankan adalah besar dan berjangka panjang. Sebenarnya, institusi perbankan dikehendaki mengekalkan baki dalam Akaun Rizab Berkanun (Statutory Reserve Account, SRA) mereka, yang bersamaan dengan bahagian tertentu daripada liabiliti yang layak (eligible liabilities, EL) mereka. Nisbah ini ialah kadar SRR.
SRR boleh dinaikkan untuk menguruskan peningkatan mudah tunai yang ketara, yang boleh mengakibatkan ketidakseimbangan kewangan dan mewujudkan risiko kepada kestabilan kewangan. Sebaliknya, BNM boleh menurunkan SRR jika perlu untuk menyokong transmisi kadar dasar monetari kepada kadar runcit. Walau bagaimanapun, penting untuk diambil perhatian bahawa perubahan kepada SRR tidak boleh ditafsirkan sebagai isyarat mengenai pendirian dasar monetari, kerana OPR sahajalah penunjuknya.
Lihat juga:
Dokumen Dasar Keperluan Rizan Berkanun (15 Mei 2025)
Press Statements:
Nisbah SRR diturunkan berkuat kuasa 16 Mei 2025 (8 May 2025)
Pernyataan mengenai SRR (20 Jan. 2021)
Pernyataan mengenai SRR (5 May 2020)
Nisbah SRR diturunkan berkuat kuasa 20 Mac 2020 (19 Mar. 2020)
Nisbah SRR diturunkan berkuat kuasa 16 Nov. 2019 (8 Nov. 2019)
Nisbah SRR diiturunkan berkuat kuasa 1 Feb. 2016 (21 Jan. 2016)
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.