Mempersediakan Sektor Kewangan Menghadapi Risiko Perubahan Iklim


Perubahan Iklim dan Fungsi Bank

Selaras dengan mandat Bank untuk memelihara kestabilan monetari dan kewangan, Bank sedang menyediakan sistem kewangan Malaysia yang lebih lestari dan berdaya tahan iklim.

Setakat bulan November 2019, kira-kira 11.7% daripada aset yang dipegang oleh peserta kewangan di Malaysia berada dalam sektor yang berpotensi terdedah kepada perubahan iklim.

Institusi kewangan di Malaysia perlu mengurus risiko iklim bagi memastikan keupayaan mereka untuk menyediakan perkhidmatan pengantaraan kewangan tidak terjejas dengan ketara oleh ancaman perubahan iklim. Jika tidak ditangani dengan berkesan, perubahan iklim boleh menjejaskan ekonomi secara am yang berpotensi membawa kepada kerugian besar terhadap ekonomi.

02_diagram_climate

Kesan Risiko Berkaitan Iklim kepada Sistem Kewangan

Bank Negara Malaysia berhasrat untuk:

Mewujudkan peraturan dan penyeliaan yang sewajarnya bagi memastikan institusi kewangan mengukur dan mengurangkan risiko iklim serta mempunyai penampan yang secukupnya terhadap risiko iklim.

Meningkatkan keupayaan institusi kewangan untuk menjadi pemangkin dalam peralihan kepada ekonomi rendah karbon. Hal ini termasuk meningkatkan cadangan penyelesaian kewangan hijau yang dapat membantu pelanggan mereka beralih kepada amalan yang lebih lestari bagi menghadapi peristiwa berkaitan iklim dengan lebih baik.

Lihat juga: Komitmen BNM untuk melestarikan sektor kewangan.

01_diagram_climate_bm

"Bank Negara Malaysia akan terus menyediakan persekitaran dasar yang memudahkan bagi industri memajukan inovasi kewangan dan meneroka struktur kewangan baharu yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pembiayaan yang signifikan untuk mengadaptasi dan mengurangkan risiko iklim."

Gabenor Abdul Rasheed Ghaffour

Ucaptama Gabenor di Persidangan "Journey to Zero" JC3, Oktober 2023

"Dunia ternyata sedang bergerak lebih agresif untuk membina daya tahan iklim. Hal ini digambarkan sebagai "dekad penentu untuk tindakan iklim". Setiap negara dan syarikat tidak boleh berdiam diri. Perubahan iklim bukan sahaja mempunyai implikasi yang buruk pada peringkat domestik, lebih-lebih lagi negara membangun, malah tindakan iklim global boleh memberikan kesan kepada kita secara langsung melalui hubungan ekonomi dan kewangan. Cara kita bertindak adalah sangat penting. "

Gabenor Nor Shamsiah

Ucaptama Gabenor di Persidangan Utama JC3, Jun 2021

"Kesan perubahan iklim bukan sekadar masalah ekologi yang perlu dibimbangi oleh para saintis dan penyokong pemuliharaan (conservationists). Kesan perubahan iklim ini memaparkan isu ekonomi utama yang memberikan implikasi langsung ke atas kestabilan kewangan. Atas sebab inilah Bank Negara Malaysia, bersama-sama dengan bank-bank pusat lain di seluruh dunia, memberikan perhatian serius kepada risiko iklim."

Gabenor Nor Shamsiah

Ucaptama Gabenor di Persidangan Serantau mengenai Perubahan Iklim, September 2019

Pendekatan dan strategi kami

Sejak tahun 2019, BNM telah mengambil pendekatan secara berperingkat untuk bertindak balas terhadap risiko iklim dan meletakkan asas yang kukuh dalam pengurusan risiko iklim bagi industri kewangan. Bermula dari tahun 2021, BNM menerapkan pertimbangan risiko berkaitan iklim dalam kehendak pengawalan dan penyeliaannya, serta penilaian makroekonomi dan kestabilan kewangan.

Teras utama strategi iklim BNM:

Strategi iklim BNM menyumbang kepada strategi iklim Malaysia pada peringkat kebangsaan dan juga berpandu pada strategi tersebut bagi memenuhi komitmen negara yang dibuat di bawah Perjanjian Paris 2015. Pendekatan BNM terhadap risiko iklim disokong oleh enam kupulan kerja di bawah fungsi utama BNM.

Kumpulan kerja ini bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kesedaran dan libat urus secara dalaman serta dengan pihak berkepentingan utama BNM, termasuk industri kewangan dan agensi Kerajaan

  • Memperdalam pemahaman dan membangunkan keupayaan untuk menilai dan mengurus risiko iklim dan pemindahan risiko tersebut

  • Kepimpinan melalui teladan dan menggalakkan perubahan dengan menerapkan amalan lestari dalam pelaburan, operasi dan budaya BNM

  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembiayaan dan pelaburan hijau


Inisiatif Kami

Kami terlibat dalam pelbagai inisiatif di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Katalog Data Iklim
Climate Change and Principle-Based Taxonomy (CCPT)
Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3)
Inisiatif Bank-Bank Pusat ASEAN
Rangkaian Bank Pusat dan Penyelia untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS)
  • Sokongan BNM terhadap Deklarasi Glasgow NGFS

Ketahui lebih lanjut tentang aktiviti perubahan iklim kami

Ikuti perkembangan terkini dengan mengakses ucapan, webinar, video dan sesi libat urus.


Dengar daripada Gabenor

Mesej video Gabenor Shamsiah di Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia Persidangan Pihak-Pihak (COP) 27


Pencapaian Utama

Pencapaian kami dalam menerapkan pengurusan risiko iklim dalam industri di peringkat negara dan global


Video PKS Hijau

PKS mencakupi kira-kira 97% perniagaan Malaysia. Peralihan PKS ke arah amalan yang lebih mampan dan lestari penting bagi Malaysia mencapai pelepasan GHG sifar bersih menjelang tahun 2050. Peralihan ini juga boleh membantu PKS untuk kekal berdaya saing dan kompetitif pada peringkat antarabangsa. Inilah masanya untuk PKS membuat peralihan ini! Ketahui lebih lanjut melalui siri video ini tentang cara tindakan seperti kitar semula dan penggunaan tenaga solar serta pensijilan hijau dapat menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi pada masa hadapan.



Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?