Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya syarikat saya mahu bekerjasama dengan institusi kewangan?

Sila hubungi pegawai-pegawai yang tersenarai.

Bolehkah setiap IKP mempunyai lebih daripada satu program iTEKAD?

Ya. IKP boleh melaksanakan lebih daripada satu program iTEKAD pada masa yang sama.

Bolehkah rakan pelaksana terlibat untuk menentukan segmen sasaran program tersebut?

Boleh. Kebanyakan segmen sasaran dalam programprogram iTEKAD yang dikelolakan oleh IKP, ditentukan bersama dengan rakan-rakan pelaksana. Hal ini juga terpakai pada kohort atau kumpulan peserta baharu.

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya telah ditipu sejumlah wang?

Jika anda menjadi mangsa penipuan kewangan:

  • segera hubungi talian scam hotline bank anda, atau Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) di 997

DAN

  • Buat laporan polis

Panggilan ke NSRC mesti dibuat dalam masa 24 jam dari waktu kejadian penipuan dan dalam waktu operasinya (8 pagi-8 malam termasuk hujung minggu dan cuti umum)

Maklumat lanjut:

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan penipuan atau mengesannya?

Amalkan tip berikut untuk mengelak menjadi mangsa penipuan:

Ketahui cara untuk mengenali scam:

Bagaimanakah cara untuk mengetahui jika syarikat dilesenkan atau diluluskan oleh BNM?

Senarai institusi yang dilesenkan atau diluluskan oleh BNM boleh didapati di Direktori Peserta Sektor Kewangan kami:  bnm.gov.my/regulations/fsp-directory

Entiti yang tidak disenaraikan tidak semestinya berada di bawah bidang kuasa kami. Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti tertentu yang tertakluk kepada undang-undang yang ditadbir oleh BNM.

Anda juga harus menyemak halaman berikut untuk meningkatkan kesedaran anda:

Apakah Sandbox dan apakah tujuannya?

Rangka Kerja Sandbox Pengawalseliaan diperkenalkan untuk menggalakkan inovasi dan penyampaian khidmat kewangan dengan memberikan fleksibiliti pada penyelesaian fintech yang memberikan tawaran nilai sebenar untuk diuji dalam persekitaran pengeluaran atau persekitaran sebenar. Fleksibiliti sebegini akan disertai dengan perlindungan yang sewajarnya bagi memelihara kestabilan kewangan dan layanan yang adil terhadap pengguna.

Baca lebih lanjut tentang Sandbox di sini

Adakah saya layak memohon ke Sandbox?

Pemohon yang berminat untuk menyertai Sandbox Pengawalseliaan Bank perlu menunjukkan kelayakan berdasarkan kriteria yang ditentukan di bawah Seksyen 5 Rangka Kerja Sandbox Pengawalseliaan Bank.

sandbox-eligibility-bm1

Adakah Sandbox hanya terbuka kepada syarikat Malaysia?

Sandbox terbuka kepada semua syarikat fintech termasuk mereka yang tidak mempunyai premis di Malaysia, tetapi berminat untuk menawarkan perkhidmatan mereka dalam pasaran Malaysia.

Berapakah jumlah pemohon yang dibenarkan untuk menyertai Sandbox Pengawalseliaan?

Tiada had tertentu untuk jumlah peserta dalam Sandbox. Bank akan mempertimbangkan jumlah peserta yang dapat disokong secara efektif pada sebarang waktu diberikan.

Adakah syarikat fintech perlu bekerjasama dengan institusi kewangan (FI) untuk layak memohon ke Sandbox?

Tidak, Sandbox juga dibuka kepada semua syarikat fintech. Walau bagaimanapun, syarikat fintech yang bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan mempunyai kelebihan hasil bimbingan dan sokongan yang diperoleh daripada rakan kongsi FI.

Bolehkah syarikat teknologi kewangan (fintech) memohon secara individu untuk menyertai Laluan Hijau?

Tidak, pada masa ini Laluan Hijau hanya terpakai kepada institusi kewangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam perenggan 5.2 Rangka Kerja. Hal ini demikian kerana penilaian Laluan Hijau adalah berdasarkan terutamanya pada rekod pematuhan pemohon yang lalu, dan ini tidak terpakai kepada syarikat fintech.

Walau bagaimanapun, syarikat fintech boleh menyertai Laluan Hijau melalui perkongsian dengan institusi kewangan, dengan syarat institusi kewangan tersebut memulakan permohonan, memiliki penyelesaian yang akan diuji dan bertanggungjawab ke atas langkah-langkah perlindungan.

Sebagai alternatif, syarikat fintech juga boleh memilih untuk memohon Sandbox Standard bagi permohonan secara bersendirian, yang telah dipermudahkan untuk lebih memenuhi kitaran inovasi penyelesaian fintech.

{{ item.title }}