Soalan Lazim
Apakah jenis perlindungan bagi polisi insurans/sijil takaful motor?
Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlulah membeli polisi insurans/sijil takaful motor seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Terdapat 4 jenis perlindungan insurans/takaful motor iaitu Akta, Pihak Ketiga, Pihak Ketiga Kebakaran & Kecurian dan Komprehensif diterangkan seperti berikut:
| Jenis/Perlindungan | Pihak ketiga (Juga dikenali sebagai Polisi Pihak Ketiga) |
Pihak ketiga, kebakaran & kecurian (Kadangkala dikenali sebagai Polisi Pihak Kedua) |
Komprehensif (Juga dikenali sebagai Polisi Pihak Pertama) |
|---|---|---|---|
Liabiliti kepada pihak ketiga akibat:
|
√ | √ | √ |
| Kerugian/kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kecurian | X | √ | √ |
| Kerugian/kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kemalangan | X | X | √ |
| Liabiliti kepada pemandu & penumpang kenderaan sendiri (harta benda, kecederaan tubuh badan, kematian) | X | X | X |
Apakah perkara yang tidak dilindungi di dalam polisi insurans/sijil takaful motor?
Polisi insurans/sijil takaful motor tidak akan melindungi kerugian seperti:
- Kematian atau kecederaan diri anda sendiri akibat kemalangan motor;
- Liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda (kecuali teksi dan bas);
- Kecurian aksesori kenderaan yang bukan dipasang di kilang melainkan sekiranya diisytiharkan;
- Kerugian lanjutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakan mekanikal atau elektrik atau pemecahan; dan
- Kerugian/kerosakan akibat kejadian semula jadi seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.
Walaubagaimanapun, anda boleh membayar premium/caruman tambahan untuk perlindungan tambahan.
Apakah perlindungan tambahan yang dibenarkan di bawah polisi insurans/sijil takaful motor anda?
Pemegang polisi/ahli takaful boleh menambah perlindungan polisi mereka terhadap banjir, tanah runtuh, tanah gelincir, perlindungan kepada penumpang-penumpang dan lain-lain dengan kos tambahan.
Apakah yang perlu anda ketahui semasa membeli perlindungan polisi insurans/sijil takaful motor?
Anda harus menyemak nilai pasaran kenderaan anda, jumlah yang diinsuranskan, klausa purata, pendedahan, senarai bengkel yang diluluskan, diskaun-tanpa-tuntutan dan ekses yang dikenakan.
Semua maklumat ini boleh didapati di dalam polisi insurans/sijil takaful anda dan anda boleh membuat pertanyaan kepada ejen anda atau terus menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Sila semak terma dan syarat polisi insurans/sijil takaful anda.
Apakah yang perlu anda ketahui semasa membuat tuntutan?
Sekiranya kereta anda terlibat dalam kemalangan, anda boleh membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga.
- Tuntutan kerosakan sendiri – Jika anda adalah pihak yang bersalah, anda boleh membuat tuntutan terhadap polisi/sijil komprehensif anda sendiri. Walau bagaimanapun, anda akan kehilangan kelayakan NCD anda.
- Tuntutan ‘Own Damage Knock for Knock (ODKFK)’ - Jika anda bukan pihak yang bersalah, anda boleh membuat tuntutan ODKFK kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda sendiri tanpa menjejaskan NCD (dengan syarat anda mempunyai polisi insurans yang komprehensif, tidak terlibat dalam tuntutan kecederaan badan pihak ketiga dan tidak melibatkan kenderaan awam atau milik kerajaan) dan seterusnya mempercepatkan proses membaiki kenderaan anda sendiri.
- Tuntutan Kerosakan Harta-benda Pihak Ketiga 'Third Party Property Damage (TPPD) - Sekiranya anda bukan pihak yang bersalah dalam kemalangan tersebut, anda boleh mengemukakan tuntutan secara terus kepada syarikat insurans/pengendali takaful pihak yang bersalah.
- Sekiranya kenderaan anda telah dicuri (tuntutan kecurian) - Sekiranya kenderaan anda dicuri, anda boleh membuat tuntutan di bawah polisi komprehensif atau polisi pihak ke tiga, kebakaran dan kecurian. Walau bagaimanapun, ianya adalah terkecuali kecurian yang disebabkan oleh kecuaian anda sendiri (contohnya, meninggalkan kenderaan atau kunci anda tanpa pengawasan).
Penambahbaikan (Betterment)
- Penambahbaikan adalah bayaran yang anda akan tanggung apabila bahagian francais baharu digunakan untuk menggantikan bahagian yang rosak bagi kenderaan yang berumur 5 tahun dan ke atas yang terbabit kemalangan. Terdapat kadar tertentu yang digunakan untuk kaedah penambahbaikan berdasarkan umur kenderaan. Anda boleh mengelakkan bayaran tambahan ini dengan memilih untuk menggunakan bahagian bukan francais seperti bahagian terpakai untuk menggantikan bahagian yang rosak, jika kenderaan anda berumur 5 tahun dan ke atas.
Pampasan Bagi Masa Pembaikan Sebenar (CART)
- CART bermaksud amaun yang perlu dibayar oleh syarikat insurans/pengendali takaful pihak ketiga sebagai pampasan terhadap kehilangan penggunaan kenderaan anda ketika dibaiki.Anda hanya boleh membuat tuntutan CART sekiranya anda bukan pihak yang bersalah dalam kemalangan tersebut, seperti yang ditentukan oleh pihak polis. CART adalah berdasarkan bilangan hari yang diperlukan untuk kenderaan anda dibaiki sebagaimana yang disyorkan oleh adjuster insurans berdaftar dan bukannya jumlah hari kenderaan tersebut berada di bengkel.
Kemungkinan sebab tuntutan insurans motor/tuntutan takaful ditolak:
- Membuat tuntutan yang tidak jujur atau berlebihan;
- Gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah terhadap kenderaan yang diinsuranskan;
- Memandu di bawah pengaruh alcohol atau dadah; dan
- Termasuk di bawah pengecualian polisi.
Tip-tip Insurans/Takaful
-
Buat pilihan bijak sebelum membeli – polisi/sijil berbeza mengikut perlindungan, manfaat dan kos (iaitu premium), dan perkhidmatan berbeza mengikut syarikat.
-
Jangan beli lebih daripada apa yang anda mampu.
-
Ketahui dengan siapa anda berurusan - Berurusanlah hanya dengan syarikat insurans/pengendali takaful dan ejen-ejen mereka yang berlesen atau broker yang sah, atau penasihat kewangan yang sah i.e. dapatkan maklumat mengenai pihak-pihak ini sebelum membeli daripada mereka.
-
Ambillah masa dan jangan membeli polisi/sijil kerana didesak.
-
Isikan borang permohonan dengan teliti dan anda perlu mendedahkan fakta-fakta penting sepenuhnya, secara jujur dan lengkap.
-
Sila buat pembayaran terus kepada syarikat insurans/pengendali takaful dan bukan kepada pihak lain - dapatkan resit pembayaran yang sah.
-
Baca kontrak polisi dengan teliti.
-
Polisi/sijil anda adalah kontrak yang sah mengikut undang-undang.
Saya mengalami kerugian kerana kecuaian/kesalahan bank, bolehkah saya meminta pampasan daripada bank?
Anda boleh meminta pampasan daripada bank anda. Bank boleh mempertimbangkan permintaan anda berdasarkan dasar dalamannya.
Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada syarikat dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia?
Sila rujuk senarai institusi berlesen di sini.
Di manakah saya boleh membuat aduan mengenai pemberi pinjaman wang?
Anda hendaklah merujuk sebarang perkara berkaitan pemberi pinjaman wang secara terus kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi KPKT atau muat turun aplikasi i-Kredikom.
Saya telah diisytiharkan muflis. Apakah yang perlu saya lakukan sebaik sahaja saya bankrap?
Perkara kebankrapan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI). Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kebankrapan, sila rujuk laman web MDI.
Data peribadi saya disalahgunakan, apakah yang perlu saya lakukan?
Laporkan segera kepada bank anda supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil.
Bagaimanakah cara saya membuat aduan kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS)?
Sila rujuk laman web OFS untuk mendapatkan maklumat lanjut.