Soalan Lazim
Di manakah saya boleh membuat aduan atau pertanyaan mengenai koperasi?
Koperasi adalah di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sila rujuk laman web SKM untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagaimanakah cara untuk saya menyerahkan aduan kepada atau memfailkan tuntutan dengan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC)?
Anda boleh menyerahkan borang pertanyaan di laman web SIDREC. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, kunjungi laman web SIDREC.
Apakah syarat untuk syarikat saya memohon bantuan daripada Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC)?
Sila rujuk laman web CDRC untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Saya menerima nota/syiling mata wang yang kotor/cacat. Apakah yang boleh saya lakukan?
Orang ramai dinasihati supaya membuat pertukaran mata wang kertas dan duit syiling rosak serta mata wang yang tidak lagi sah diperlakukan di mana-mana institusi kewangan.
Institusi kewangan akan:
(i) membuat pertukaran untuk orang ramai pada hari yang sama bagi kes mata wang kertas rosak yang jelas nilainya; dan
(ii) merujuk BNM untuk membuat penilaian bagi kes mata wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya, duit syiling rosak dan mata wang yang tidak lagi sah diperlakukan. BNM akan membuat pembayaran kepada orang ramai pada tarikh yang lain, selepas penilaian dibuat.
Nilai wang yang ditukar bergantung pada keadaan fizikal wang dan nilai muka. Untuk butiran lanjut, sila rujuk halaman ini.
Saya menerima wang palsu. Apakah yang perlu saya lakukan?
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Mendapat/Menerima Wang Palsu Wang kertas palsu tidak mempunyai nilai.
Jika anda ragu-ragu tentang ketulenan wang kertas semasa membuat urus niaga, ikut langkah mudah ini:
- Kurangkan hubungan dengan wang kertas yang disyaki palsu,
- Jangan tulis, conteng, potong atau tukar paparan wang kertas yang disyaki palsu,
- Jangan edarkan semula wang kertas yang disyaki palsu,
- Simpan wang kertas yang disyaki palsu dalam sampul surat atau sampul plastik,
- Rekodkan maklumat tentang cara anda menerima wang kertas yang disyaki palsu dalam kertas yang berasingan,
- Segera laporkan kepada polis jika anda menjumpai sebarang wang kertas yang disyaki palsu.
Untuk butiran lanjut, sila rujuk Garis Panduan ini.
Saya mempunyai mata wang asing. Di manakah saya boleh membuat pertukaran?
Orang ramai boleh membuat penukaran/penukaran daripada mata wang asing kepada Ringgit melalui perniagaan perkhidmatan wang berlesen. Anda boleh menemui senarai perniagaan perkhidmatan wang berlesen di halaman ini.
Saya mempunyai banyak syiling. Di manakah saya boleh membuat pertukaran?
Orang awam boleh menukar duit syiling di mana-mana institusi kewangan. Di samping itu, orang ramai juga boleh memperoleh maklumat senarai Mesin Deposit Duit Syiling untuk pertukaran kendiri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan lokasi Mesin Deposit Duit Syiling, sila lawati halaman ini.
Berapa lamakah inisiatif iTEKAD akan terus dilaksanakan?
iTEKAD merupakan satu inisiatif jangka panjang yang mampan dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Jangkauan program ini juga akan diperluaskan kepada kumpulan sasaran yang lebih besar. Hal ini boleh dicapai melalui kerjasama erat yang melibatkan rangkaian rakan pelaksana yang lebih luas dan mampu menambah kapasiti pelaksanaan program di seluruh negara.
Adakah semua program kewangan sosial perlu dijenamakan sebagai iTEKAD?
Tidak. Selain iTEKAD, institusi kewangan dibenarkan menjalankan program kewangan sosial yang lain.
Walau bagaimanapun, Bank Negara Malaysia menggalakkan lebih banyak institusi kewangan memperkenalkan program kewangan sosial yang boleh diiktiraf di bawah jenama iTEKAD.Sebagai institusi kewangan peserta (IKP) iTEKAD, mereka akan menerima pelbagai kelebihan. Antaranya termasuk jemputan ke majlis jalinan kerjasama dengan rakan pelaksana sedia ada dan baharu, pendedahan idea dan perkongsian pengalaman bersama IKP yang lain, serta peluang untuk mendapat akses kepada geran yang diperuntukkan oleh Kerajaan.
Adakah iTEKAD eksklusif kepada bank-bank Islam sahaja?
Tidak. iTEKAD terbuka kepada semua rakyat Malaysia, bergantung pada pogram yang ditawarkan. Contohnya, program iTEKAD yang dibiayai oleh dana kewangan sosial yang neutral seperti dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) boleh ditawarkan kepada semua golongan usahawan tanpa mengira latar belakang atau agama.
Adakah iTEKAD hanya disasarkan kepada peserta-peserta beragama Islam sahaja?
Tidak. iTEKAD terbuka kepada semua rakyat Malaysia, bergantung pada pogram yang ditawarkan. Contohnya, program iTEKAD yang dibiayai oleh dana kewangan sosial yang neutral seperti dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) boleh ditawarkan kepada semua golongan usahawan tanpa mengira latar belakang atau agama.
Bolehkah individu yang berminat untuk menyertai program iTEKAD memohon secara terus daripada IKP?
Kebanyakan program iTEKAD setakat tahun 2023 ditawarkan secara tertutup (closed-door). Calon peserta akan dikenal pasti dan dinilai oleh IKP dan rakan-rakan pelaksana berdasarkan kaedah yang dipersetujui bersama. Namun, kaedah pengambilan peserta akan sentiasa ditambah baik seiring dengan peluasan program iTEKAD. IKP dan rakan-rakan pelaksana boleh mempertimbangkan pelbagai kaedah pemilihan peserta yang lebih dinamik, termasuk melalui permohonan secara terus (walk-in application).