Soalan Lazim
Saya telah menerima maklum balas tentang pertanyaan saya. Bagaimanakah saya mendapatkan butiran lanjut atau menutup pertanyaan itu?
a. Tekan ikon kanta pembesar di bawah lajur “Action”
b. Tekan “Next”
c. Skrin dibawah akan ditayangkan
i. Jika anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut, masukkan butiran dalam ruangan “Remarks” dan tekan “Submit”; atau
ii. Jika anda berpuas hati, tutup permohonan dengan menekan “Delete”. Jika anda tidak mengambil sebarang tindakan, sistem akan menutup permohonan secara automatik selepas 30 hari
Bagaimanakah saya mengemas kini nombor telefon bimbit terkini dalam eCCRIS?
a. Pergi ke “MY PROFILE”. Tekan “Change Mobile Number”
b. Masukkan nombor telefon bimbit baharu. Tekan “Submit”
c. Jawab soalan keselamatan. Tekan “Submit’
d. Tekan “Request for TAC”. TAC akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit baharu. Masukkan TAC dan tekan “Submit”.
e. Nombor telefon bimbit berjaya ditukar
Tiada carian







