Bagaimanakah saya boleh membeli polisi/sijil ITPK?

Anda boleh membeli polisi/sijil ITPK terus daripada syarikat insurans/pengendali takaful, atau melalui ejen insurans/takaful yang sah, atau melalui penasihat kewangan yg diluluskan, penasihat kewangan Islam yang diluluskan dan broker insurans/takaful yang diluluskan (biasanya untuk polisi ITPK berkumpulan). Anda boleh merujuk kepada Unit Aduan syarikat insurans atau pengendali takaful di sini.

Apakah yang boleh berlaku apabila anda ingin memperbaharui polisi/sijil anda?

Apabila anda ingin memperbaharui polisi/sijil, syarikat insurans/pengendali takaful mungkin membaharui polisi/sijil dengan kadar premium/sumbangan yang setara; membaharui polisi dengan kadar premium/sumbangan yang baharu; atau menolak untuk membaharui polisi/sijil anda.

Adakah saya akan dikenakan bayaran jika saya berubah fikiran dan ingin membatalkan polisi/sijil ITPK saya setelah pembelian?

Anda boleh membatalkan polisi/sijil ITPK anda dengan memberikan notis secara bertulis kepada syarikat insurans/pengendali takaful tanpa dikenakan sebarang cas sekiranya pembatalan dilakukan dalam tempoh rujukan percuma selama 15 hari. Sekiranya pembatalan dilakukan 15 hari setelah pembelian polisi/sijil, anda mungkin tidak akan dikembalikan premium/caruman yang telah dibayar atau anda mungkin menerima hanya sebahagian bayaran balik premium/caruman yang telah anda bayar.

Siapa yang perlu anda rujuk untuk memahami terma-terma dan syarat-syarat polisi/sijil ITPK?

Adalah mustahak untuk anda memahami istilah yang digunakan di dalam polisi/sijil ITPK. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan tentang maksud istilah-istilah berkenaan, anda hendaklah bertanya kepada perantara seperti ejen, broker dan penasihat kewangan yang sah atau syarikat insurans/pengendali takaful yang menjual polisi/sijil ITPK kepada anda.

Pengecualian polisi insurans/sijil takaful.

Polisi/sijil ITPK juga mengandungi pengecualian tertentu seperti syarat-syarat pra-wujud, penyakit-penyakit yang ditetapkan, tempoh kelayakan/menunggu yang tidak dilindungi oleh polisi/sijil anda. Adalah amat penting untuk anda mengetahui tentang pengecualian ini dan sekiranya anda tidak faham, bertanyalah kepada perantara seperti ejen, broker dan penasihat kewangan yang sah atau syarikat insurans/pengendali takaful anda.

Bagaimana saya boleh membuat tuntutan ITPK?

Sebelum anda menerima rawatan, sekiranya boleh, anda perlu menghubungi perantara yang menjual polisi/sijil ITPK kepada anda seperti ejen, broker dan penasihat kewangan yang sah atau syarikat insurans/pengendali takaful anda untuk memastikan bahawa anda dilindungi untuk rawatan tersebut atau hospital berkenaan adalah panel hospital syarikat insurans/pengendali takaful anda. Malah, beberapa syarikat insurans/pengendali takaful bertegas mengenai keperluan ini. Syarikat insurans/pengendali takaful anda akan memberi segala panduan yang anda perlukan, mengesahkan perlindungan anda, dan sekiranya perlu, menghantar borang tuntutan kepada anda.

Apa yang perlu anda lakukan jika anda didiagnosis ketidakupayaan yang membawa kepada perbelanjaan yang boleh dituntut?

Anda perlu memaklumkan secepat mungkin kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda. Dapatkan dan ikut nasihat perubatan yang betul dan syarikat insurans/pengendali takaful akan membuat pembayaran balik kos sebenar rawatan yang ditanggung tertakluk kepada had-had dalam polisi/sijil anda.

Bagaimanakah saya membuat keputusan tentang pelan yang terbaik untuk saya?

Pelan ITPK yang terbaik untuk anda adalah pelan yang memberi fleksibiliti dan manfaat yang sesuai untuk keperluan anda, pada harga yang anda mampu. Sebagaimana yang anda lakukan apabila membuat pembelian penting, anda perlu mendapatkan sebanyak maklumat yang mungkin dari beberapa syarikat insurans/pengendali takaful dan juga beberapa sebut harga, sebelum membuat pilihan yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda.

Apakah panduan penting apabila membeli polisi/sijil ITPK?

Antara panduan penting apabila membeli polisi/sijil ITPK termasuklah:

  • Fahami ciri produk, syarat, had, pengecualian dan manfaatnya;
  • Pastikan perlindungan yang diambil di bawah polisi itu sesuai dengan keperluan anda;
  • Pastikan anda mampu membayar premium/sumbangan di bawah polisi itu;
  • Pastikan anda telah mengisytiharkan semua fakta yang anda ketahui atau patut ketahui dengan sepenuhnya dan secara jujur; dan
  • Beli hanya daripada ejen insurans/pengendali takaful yang berdaftar atau terus daripada syarikat insurans/pengendali takaful.
Apakah maksud syarat 'jaminan pembaharuan'?

'Jaminan pembaharuan' bermaksud syarikat insurans/pengendali takaful menjamin pembaharuan polisi/sijil, tertakluk kepada terma dan syarat yang terdapat di dalam polisi/sijil. Walau bagaimanapun, kadar premium/sumbangan untuk yang dibaharui adalah tidak dijamin atau tetap.

Bilakah polisi/sijil ITPK saya akan berkuat kuasa?

Sebaik sahaja permohonan anda telah diterima dan disetuju terima oleh syarikat insurans/pengendali takaful dan premium/sumbangan telah dibayar.

Dalam keadaan apakah perlindungan saya dibatalkan?

Perlindungan akan terbatal pada ulang tahun polisi atau apabila jumlah manfaat dibayar telah mencapai had maksimum polisi, atau apabila jumlah manfaat dibayar pada tahun tertentu telah mencapai keseluruhan had tahunan. Polisi/sijil mungkin dibatalkan jika anda telah salah nyata fakta penting seperti keadaan kesihatan semasa permohonan dibuat.

{{ item.title }}